Tuesday 28 January 2014

ANALISIS PEMASARAN

              Sebelum membuat keputusan untuk beroperasi secara antarabangsa, sesebuah syarikat perlu memahami persekitaran pemasaran antarabangsa. Persekitaran tersebut telah berubah sejak dua dekat yang lepas dimana terdapat kedua-dua peluang serta masalah yang baru. Ekonomi dunia juga telah menjadi global. Perdagangaan serta pelaburan dunia telah berkembang pesat dengan banyak pasaran baru yang menarik dibuka di Eropah Barat dan Timur, China, Pasifik, Rusia dan lain-lain. Terdapat juga pertumbuhan jenama-jenama global dalam industri automobile, makanan, pakaian, elektronik dan pelbagai kategori lain. Bilangan syarikat global juga telah bertambah dengan pesat.

           Sebelum memasuki pasaran negara luar, syarikat harus terlebih dahulu menetapkan objektif dan polisi pasaran antarabangsanya. Ia perlu menentukan banyak manakah jumlah jualan asing yang dikehendakinya. Kebanyakan syarikat bermula secara kecil- kecilan. Sesetengah syarikat merancaang untuk terus kekal kecil dan melihat jualan antarabangsa hanya sebagai sebahagian kecil perniagaan mereka. Sesetengah syarikat pula mempunyai rancangan yang lebih besar dengan melihat perniagaan anntarabangsa sebagai sama atupun lebih penting dari perniagaan domestic mereka.


         

No comments: