Tuesday 28 January 2014

PROMOSI

              Promosi jualan mengandungi pemasaran yang spesifik direka untuk menawarkan insentif untuk perlakuan seperti kupon, promosi dalaman, pensampelan, kempen penghantaran surat, pengiklanan yang berkesan dan kewujudan pameran pertukaran.

             Syarikat boleh menggunakan strategi promosi pasaran domestic dengan mengubahsuaikannya untuk setiap pasaran negara luar. Contohnya, mesej- mesej pengiklanan, sesetengah syarikat global menggunakan satu tema pengiklanan seragam untuk pasaran seluruh dunia, seperti tema “Put a Tiger in Your Tank” oleh Exxon, yang telah mendapat perhatian antarabangsa. Di Sweden, Helene Curtis telah menukar nama Every Night Shampoonya kepada Every Day kerana pengguna di Sweden biasanya membasuh rambut mereka di sebelah pagi. Kellog juga terpaksa menamakan semula bijirin Bran Buds di Sweden kerana nama tersebut membawa maksud “peladang yang terbakar” apabila diterjemahkan.

           Syarikat- syarikat lain pula menggunakan strategi penyesuaian komunikasi, di mana mesej pengiklanan mereka diubahsuaikan sepenuhnya untuk pasaran tempatan. Media juga perlu disesuaikan secara antarabangsa kerana terdapat kepelbagaian dalam persediaan media dari satu negara ke negara yang lain. Masa pengiklanan televisyen adalah amat terhad di Eropah dengan julat masa dari empat jam sehari di Perancis hingga tiada langsung di Scandinavia. Para pengiklan perlu menempah masa iklan ini berbulan- bulan lebih awal dan mempunyai kawalan terhad ke atas masa penyiaran. Majalah- majalah juga berbeza dari segi keberkesanannya. Sebagai contoh, majalah adalah medium yang utama di Itali, manakala ia tidak berapa penting di Austria. Akhbar- akhbar adalah bersifat nasional di United Kingdom tetapi bersifat tempahan di Sepanyol.

No comments: