Tuesday 28 January 2014

HARGA


Penetapan Harga

  • Harga perlu diletak pada tahap yang akan dapat mendatangkan keuntungan yang optimal kepada firma
  • Tahap ini tidak boleh terlampau rendah hingga menjejaskan kedudukan kewangan firma dan tidak terlampau tinggi hingga menjejaskan permintaan kepada keluaran
  •  Harga yang ditetapkan tidak bertentangan dengan peraturan atau undang- undang perniagaan negara tuan rumah
  •  Harga yang ditetapkan perlu mengambilkira kadar inflasi sesebuah negara
  •  Sesetengah negara seperti Malaysia mengamalkan kawalan harga siling bagi keluaran- keluaran tertentu seperti susu dan beras.
  •  Sebuah firma perlu peka terhadap citarasa pengguna. Contoh dalam industri jam tangan, pengguna di Singapura mempunyai taanggapan yang sangat tinggi terhadap jenama Tag Heuer, Rolex, Omega berbanding dengan pengguna Eropah. Oleh itu jam berjenaama dijual di Singappura dengan harga tinggi berbanding Eropah.
  •  Misalnya di Amerika pada tahun 1980an, mengalami keadaan hiper-inflasi dan ini merumitkan tugas penetapan harga kerana ia perlu diubah setiap beberapa minggu.
  •  Selain dari kadar inflasi, faktor lain yang perlu dipertimbangkan dalam strategi perletakan harga adalah kadar tukaran matawang asing
Selain dari kadar kadar inflasi, factor lain yang perlu dipertimbangkan dalam strategi perletakan harga adalah kaadar tukaraan matawang asing.
Syarikat




Syarikat – syarikat juga menghadapi banyak masalah apabila menetapkan harga dalam pasaran antarabangsa. Sebagai contoh, bagaimanakan Black & Decker meletakan harga peralatan elektriknya secara global? Ia boleh menetapkan satu harga

- Kadar tukaran asing tidak tetap
- Kos Melakukan Perniagaan
- Persekitaran Kompetitif
- Strategi
- Perniagaan

             Faktor yang Melibatkan Polisi Penetapan Harga yang seragam di seluruh dunia, tetapi ia mungkin terlalu tinggi di Negara yang mempunyai nilai matawang yang rendah atau pengguna yang mempunyai kuasa pembelian yang rendah. Harganya pula mungkin kurang tinggi di negara yang kaya. Ia juga boleh mengenakan harga yang sanggup dibayar oleh para pengguna di setiap negara tetapi strategi ini mengetepikan perbezaan dalam kos sebenar diantara satu negara dengan negara yang lain. Akhir sekali, syarikat boleh menggunakan satu piawaian penambahan kos di mana- mana sahaja tetapi pendekatan ini mengakibatkan harga Black & Decker terkeluar dari pasaran di sesetengah negara di mana kos pengeluarannya tinggi.
Bagaimanapun syarikat- syarikat menetapkan harga keluaran mereka, harga pasaran asing mungkin lebih tinggi dari harga pasaran domestic. Sebagai contoh, mengapa sehelai jaket Armani mungkin dijual pada harga US75 di Perancis dan US240 di Amerika Syarikat. Armani menghadapi satu masalah peningkatan harga. Ia perlu menambahkan kos pengangkutan, tariff, margin import, margin pemborong dan margin peruncit ke atas harga kilangnya. Bergantung kepada kos- kos tambahan ini, keluaran tersebut terpaksa dijual pada harga diantara dua hingga lima kali lebih tinggi di negara lain untuk memperolehi keuntungan yang sama, contohnya, sepasang kasut Hush Puppies yang dijual pada harga US40 di Amerika Syarikat berharga US73 di Hong Kong dan US98 di German. Sebuah televisyen berharga US900 di New York mungkin berharga 30 peratus lebih tinggi di Britain.

          Terdapat satu lagi masalah penetapan harga terhadap barangan syarikat yang dihantar ke subsidiary asingnya. Jika syarikat tersebut mengenakan bayaran yang terlalu tinggi kepada subsidiary asing, ia mungkin terpaksa membayar duit tariff yang lebih tinggi walaupun cukai pendapatan lebih rendah di negara tersebut. Jika syarikat mengenakan harga yang terlalu rendah, ia boleh didakwa mengamalkan dasar lambakan. Lambakan berlaku apabila sesebuah syarikat mengenakan harga yang di bawah kos ataupun lebih rendah dari harga yang dikenakan di pasaran asalnya. Pihak kerajaan sentiasa memantau penyalahgunaan lambakan ini dan memaksa syarikat- syarikat untuk mengenakan harga yang sama dengan para pesaing terhadap keluaran yang sama atau hampir sama.
Rajah\





No comments: