Tuesday 28 January 2014

PENGENALAN


          Pemasaran antarabangsa didefinasikan sebagai satu usaha mencari dan memuaskan kepeluan pengguna global dengan lebih baik berbanding pesaing-pesaing tempatan dan asing, serta mengkordinasi aktiviti - aktiviti pemasaran berdasarkan persekitaran global (Terpstra dan Sarathy, 1997)
Persekitaran pemasaran syarikat dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan kuasa di luar pemasaran. Ini akan mempengaruhi keupayaan pengurus pemasaran untuk membangun dan mengekalkan kejayaan menjalin hubungan yang baik dengan pelanggannya. Persekitaran pemasaran menawarkan peluang serta ancaman. Syarikat yang berjaya sedar betapa pentingnya untuk menelitit dan menyesuaikan diri secara berterusan dengan perubahan persekitaran.
          Pemasar syarikat memegang tanggungjawab utama untuk mengenalpasti perubahan-perubahan yang signifikan dalam persekitaran. Pemasar juga berperanan penting untuk bertindak sebagai pengesan ancaman dan pencari peluang. Walaupun setiap pengurus dalam organisasi boleh memantau persekitaran luaran, sebagai pemasar ia mempunyai dua kebolehan yang istimewa.
Setelah sesebuah syarikat mengambil keputusan untuk memasarkan produk mereka di pasaran asing, ia harus menjalankan penelitian ke atas polisi produk, harga, promosi dan saluran pengagihan. Melalui penelitian ini, syarikat mampu menyemak dan
mengemaskini strategi pemasaran untuk berhadapan dengan cabaran dan peluang yang baru dalam pasaran asing.
          Pemasaran merupaan satu proses perancangan dan melaksanakan konsep, penetapan harga, promosi dan pengagihan idea, barangan, dan perkhidmatan. Tujuan untuk mewujudkan perubahan yang boleh memuaskan objektif individu dan organisasi.



No comments: