Tuesday 28 January 2014

PRODUK


            Syarikat- syarikat yang beroperasi sama ada dalam satu atau lebih pasaran asing harus menentukan sebanyak mana ia perlu meyesuaikan campuran pemasaran mereka kepada situasi tempatan. Di satu ekstrem, syarikat- syarikat global menggunakan campuran pemasaran terseragam. Penyokong penyeragaman global menyatakan bahawa ia melibatkan kos pengeluaran, pengagihan, pemasaran dan pengurusan yang lebih rendah serta membolehkan syarikat menawarkan keluaran yang lebih berkualiti dan lebih dipercayai pada harga yang lebih rendah. Pemikiran sebeginilah yang mendorong keputusan syarikat Coca Cola bahawa Coke perlu mempunyai rasa yang sama di seluruh dunia. Manakala pengeluaran “kereta dunia” oleh syarikat Ford pula memenuhi keperluan kebanyakan pengguna di kebanyakan Negara.
Di ekstrem yang lain, terdapat pula syarikat yang mengamalkan campuran pemasaran yang disesuaikan (adaptation).

            Dalam hubungan ini, pengeluar mengubahsuai elemen- elemen campuran pemasaran mengikut keperluan setiap satu pasaran sasaran. Walaupun mereka manggung lebih banyak kos, mereka mengharap akan menguasai syer pasaran dan pulangan yang lebih besar. Sebagai contoh, syarikat Nestle mempelbagaikan barisan keluaran serta pengiklanannya di negara yang berlainan. Penyokong strategi ini mendakwa bahawa pengguna di negara yang berlainan adalah berbeza dari segi ciri- ciri geografi, demografi, ekonomi dan budayanya. Ini mewujudkan keperluan dan kehendak yang berbeza. Oleh itu, syarikat- syarikat harus menyesuaikan strategi serta program pemasaran mereka untuk memenuhi keperluan pengguna yang unik di setiap negara.

No comments: